
Tahun : 2003
Bahan : Besi Keluli Tahan Karat dan Batu Marmar
Saiz : 3.25 meter (tinggi)
Lokasi: Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam
Pengarca : Ramlan Abdullah, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM
Arca Motion in Stillness dibina sempena Pelancaran Hari Kualiti 2003 dan arca ini ditempatkan di Dataran Cendikia yang terletak di antara Kolej Melati dan Kolej Mawar yang siap dibina pada 2002.
Reka bentuk yang dihasilkan daripada bentuk abstrak, dan penggunaan bunga dan kelopak, lokasinya diantara asrama perempuan dengan konsep feminisme (bersempena dengan kewujudan asrama baru bagi pelajar perempuan kolej Mawar dan Melati).
Reka bentuk itu sebahagiannya menggabungkan logo UiTM dan bunganya berbentuk corong mewakili falsafah pendidikan dan budaya UiTM dalam memberi yang terbaik untuk pelajarnya. Bahan yang diterokai besi keluli tahan karat dan batu marmar, yang dikaitkan dengan unsur kinetik dan gerakan (bahagian atas).
Batu Marmar simbolik kepada sistem kepercayaan, nilai tradisional. Sifat natural pada batu itu dikekalkan yang menjadi bentuk utama bagi menunjukkan pembelajaran dan pengajaran itu satu sifat semulajadi dan fitrah pada manusia.
Bentuk corong adalah berkisar kepada pengertian manusia yang diberi ilmu itu perlu disaring terlebih dahulu untuk menjadi individu itu berjaya dimasa akan datang. Tema keseluruhan projek arca ini adalah kualiti.