Piramid kaca yang dikenali Galeri Perpustakaan Tun Abdul Razak ini telah dibangunkan bermula 30 Jun 2005 dan siap dibina pada 29 Jun 2006 dibawah pelan Cadangan Baikpulih, Naiktaraf dan Ubahsuai Bangunan PTAR Fasa 1 (Nom. tawaran UiTM/PER/T/160/04) oleh syarikat Talenttwo (M) Sdn. Bhd.

Pembangunan dilaksana sewaktu Ketua Pustakawan ke 4 - Puan Hajah Paiza Binti Idris. 

Galeri ini berfungsi sebagai ruang pameran perpustakaan dengan jadual pameran secara berkala. Pameran yang dilaksanakan adalah melalui jaringan kolaborasi bersama persatuan, agensi kerajaan dan swasta dengan tempoh pameran yang ditetapkan.

Galeri ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu - Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun haji Abdul Razak.

 

     
Tapak asal galeri ini adalah lot-lot kedai yang kenali sebagai Lot 10 yang menjual pakaian, perkhidmatan percetakan, makanan ringan dan kedai buku / cenderamata.