Tahun : 2001
Bahan : Besi Keluli Tahan Karat dan Slab Batu Märmar
Saiz : 7 meter (tinggi)
Lokasi : Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam
Pengarca : Ramlan Abdullah, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM
Arca ini dibina sebagai simbolik kepada perasmian nama baharu Menara Ilmu kepada Menara Sultan Abdul Aziz Shah (Menara SAAS) yang telah dirasmikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Arca berstruktur ini dibina pada tahun 2001 dengan besi keluli tahan karat dan kepingan batu marmar yang menjadi simbolik tentang pergerakan dalam ketetapan, mencerminkan tentang pendidikan, dan di mana kitaran pembelajaran tidak pernah berhenti.
Selain daripada konsep akademik yang didukung oleh UiTM secara umum, arca ini juga dikaitkan dengan insfrastruktur Menara Ilmu UiTM yang diberi nama khas Menara Sultan Abdul Aziz Shah. Bentuk berstruktur segi empat menegak representasi kepada menara tersebut.
Movement in Stillness mengadaptasi elemen pembelajaran dan pengajaran telah, sedang, dan akan berlaku secara berterusan. Arca ini bersifat tembus telus juga membawa pengertian yang institusi pendidikan ini sangat dinamik, aktif dan cemerlang sebagai pendidikan awam.