Penjanaan Idea & Inspirasi.

Pengarca : Ramlan Abdullah, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM 

Segi Enam (Heksagon) disimbolkan sebagai pemimpin dan pemikir berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Arca direka bentuk khusus mempunyai enam lapisan yang membawa makna enam puluh tahun atau enam dekad sebagal institusi pendidikan gergasi Malaysia. Bermula dengan pusat teras, ia menunjukkan sebagai sebuah institusi pendidikan seterusnya beralih ke dekad kedua sebagai Maktab MARA dan dekad ketiga menjadi Institut Teknologi MARA dan dekad keempat menjadi sebuah universiti nasional terbesar dan hingga kini terus berkembang.

Selain itu, lapisan ini menunjukkan kesatuan dalam kepelbagaian untuk membentuk sebuah negara berwawasan tinggi.yang dinamik dan Kmengimbas kesatuan dalam kepelbagaian. Arca tersebut sebagai simbolik dalam Majlis Perasmian Penutupan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Arca tersebut kini ditempatkan di lobi Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.