Pasukan UiTM Eco Planet dinobatkan sebagai Pasukan Malaysia Terbaik dalam Shell Eco-Marathon Asia 2011 yang membawa pulang hadiah bernilai RM 10,000.

Shell Eco-Marathon Asia merupakan acara tahunan anjuran syarikat multinasional Shell Incorporation dan pertama kali dianjurkan di benua Asia pada tahun 2010. Memasuki tahun kedua penganjurannya, pertandingan ini berjaya menarik penyertaan seramai 130 pasukan dari pelbagai universiti di seluruh rantau Asia yang berlangsung di Litar Antarabangsa F1 Sepang dari 10 Februari hingga 9 Julai 2011. 

Pertandingan ini bertujuan mencabar peserta untuk membina sebuah kenderaan berprestasi tinggi yang mampu bergerak dalam jarak tertentu dengan penggunaan tenaga paling minimum. Peserta dikehendaki menghasilkan kenderaan paling efisien dari segi penggunaan sumber tenaga. Selain itu, pertandingan ini turut menjadi platform untuk meneroka tenaga alternatif yang berpotensi menggantikan petrol sebagai bahan bakar enjin melalui inovasi dan kreativiti para peserta.

Pada tahun 2011, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam telah menghantar dua pasukan yang bertanding dalam kategori berbeza. Pasukan UiTM Eco Planet menyertai kategori Hydrogen Fuel Cell Urban Concept, manakala pasukan UiTM Streamliner bertanding dalam kategori Plug-in Electricity Prototype Concept.

Reka bentuk kereta berteknologi tinggi yang menepati konsep urban, prestasi teknikal yang mantap, aspek keselamatan yang kukuh serta kekuatan pemasaran dan komunikasi sepanjang pertandingan telah melayakkan pasukan UiTM Eco Planet dinobatkan sebagai Pasukan Malaysia Terbaik dalam Shell Eco-Marathon Asia 2011.

Majlis pelancaran dan pelepasan dua kereta lumba Lipas Motive 2 dan Belacak disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar dalam satu majlis di perkarangan Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM pada 6 Julai 2011.

Terdahulu, Majlis pelancaran dan pelepasan dua kereta lumba Lipas Motive 2 dan Belacak disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar dalam satu majlis ringkas di perkarangan Bangunan Canseleri. Rekaan kedua-dua kereta lumba ini dihasilkan oleh mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Sains Gunaan UiTM, yang mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan projek tersebut. Menurut Pengurus Pasukan, Mohd. Hadi Anuar Mohd. Fakharuzi, mereka berentap dengan lebih 120 universiti dari seluruh Asia, termasuk 25 pasukan yang mewakili Malaysia. Ini kali kedua UiTM menyertai pertandingan ini dan menjangka saingan yang lebih sengit dengan mempertaruhkan rekaan yang telah ditambah baik sehingga 50 peratus berbanding tahun lalu. Beliau turut menyatakan bahawa selain menggunakan kuasa hidrogen, rekaan kereta lumba kali ini jauh lebih ringan, memberi kelebihan berbanding edisi sebelumnya.

Sumber : 

  • Laporan Tahunan UiTM Tahun 2011
  • UiTM Reka Dua Kereta Lumba. Utusan Malaysia. 6 Julai 2011. Koleksi Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam
powered by social2s