Nama Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said memang tidak asing lagi dalam kalangan warga UiTM apabila dilantik sebagai Naib Canselor UiTM pada Februari 2016. Pentadbiran cemerlang dan holistik yang diterapkan beliau telah berjaya membawa pelbagai kejayaan kepada warga universiti ini sama ada di dalam mahupun di luar negara. Dilahirkan pada 1 Januari 1955 di negeri Kelantan dan menerima pendidikan awal di Sekolah Tuanku Abdul Rahman salah sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Ipoh, Perak.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Matematik dari University of Manchester, United Kingdom dan telah menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Brunei, Universiti London pada 1984 dengan bidang kepakaran Computer Aided Geometric Design. Pada tahun yang sama, beliau telah menyertai Universiti Sains Malaysia sebagai Pensyarah Matematik di Pusat Pengajian Sains Matematik dan kemudiannya dilantik sebagai dekan pada tahun 1990. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti itu pada 1995.
Beliau juga pernah dipinjamkan di Kementerian Pendidikan pada tahun 1988. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan juga pernah memegang pelbagai jawatan penting antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan berada dalam Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal CMDF pada tahun 2010 hingga 2018. Kesungguhan dan kecemerlangan yang ditampilkan telah melayakkan beliau menerima beberapa pingkat kepujian persekutuan dan negeri.
Sumbangan luas beliau dalam bidang pendidikan juga telah diiktiraf oleh beberapa universiti di dalam dan luar negara termasuk Doktor Kehormat Kejuruteraan dari The University of Birmingham, UOB United Kingdom, Doktor Pentadbiran Perniagaan Kehormat dari University of West England dan Gelaran Profesor Emeritus dari Universiti Sains Malaysia. Kini pada tanggal 15 April 2023,beliau dilantikan sebagai Pro-Canselor UiTM Universiti Teknologi MARA.
Kerjaya:
- Pensyarah, Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia (1984 - 1990)
- Dekan, Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia (1990 - 1995)
- Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia (1995 - 1998)
- Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (2005 - 2008)
- Naib Canselor, Taylor's University (2009 - 2015)
- Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA (1 Februari 2016 – Januari 2019)
- Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA
(15 April 2023- kini)
Keahlian Profesional
- Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc.)
- Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
- Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
- Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
- Ahli Majlis Pendidikan Tinggi Negara