FKPM dahulunya dikenali sebagai Kajian Sebaran Am yang menjadi perintis kepada pendidikan komunikasi dan media sejak 1972 dengan kerjasama Universiti Ohio dan mula sebagai Sekolah Komunikasi Massa yang pertama di Malaysia.

FKPM menawarkan lima program peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Kewartawanan, Penyiaran, Penerbitan, Pengiklanan dan Perhubungan Awam. Kini, program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah sejajar dengan perkembangan dalam pelbagai bidang media massa dan komunikasi. Kurikulum fakulti bukan sahaja menawarkan pelbagai pengajian dalam bidang komunikasi massa seperti kewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, pengiklanan dan penerbitan bahkan telah melebarluaskan bidang baru, iaitu program komunikasi media baharu.

Terkini, FKPM diterajui oleh Profesor Madya Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media mulai 1 Jun 2025. Berikut merupakan barisan peneraju FKPM bermula tahun 1972 sehingga terkini.

Bil. Peneraju Tempoh Berkhidmat
1 Datin Marina Samad 1972–1976
2 Puan Shahreen Kamaludin 1976–1979
3 Puan Hamidah Karim 1979–1981
4 Datin Sharifah Mariam Syed Mansor 1981–1983
5 Profesor Dato' Mohd. Hamdan Hj. Adnan 1983–1989
6 Profesor Dr. Bukhory Ismail 1989–1993
7 Profesor Madya Dr. Baharudin Aziz 1993–1996
8 Profesor Madya Dr. Azmuddin Ibrahim 1996–1998
9 Dr. Ilyas Zaidi 1989–1999
10 Profesor Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman 1999–2002
11 Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya 2002–2004
12 Profesor Madya Dr. Ilias Md. Salleh 2004–2008
13 Profesor Dr. Mohd Adnan Hashim 2008–2014
14 Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya 2014–2019
15 Profesor Madya Dr. Massila Hamzah 2019–2022
16 Profesor Madya Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman 2023 - Sehingga kini

 

Sumber : Laman web Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (https://masscomm.uitm.edu.my/)