Sejak penubuhannya, UiTM Cawangan Melaka telah diterajui oleh barisan Rektor yang berdedikasi dan berwawasan tinggi. Setiap peneraju yang memegang tampuk kepimpinan ini telah menyumbang secara signifikan dalam membentuk identiti kampus, memperkukuh sistem akademik serta memperluas pencapaian institusi ke tahap yang membanggakan.
Berikut adalah senarai Rektor yang telah berkhidmat di UiTM Cawangan Melaka, menjadi teras kepada kemajuan dan kecemerlangan yang dikecapi hari ini:
Bil. | Nama Peneraju | Jawatan | Tempoh Berkhidmat |
---|---|---|---|
1 | Encik Zulkifli bin Haji Abidin | Pengetua | 15 April 1984 - 31 Disember 1986 |
2 | Encik Arshad bin Hashim | Pengetua | 1 Februari 1987 - 31 Julai 1991 |
3 | Dr. Baharudin bin Haji Aziz | Pengetua | 1 Ogos 1991 - 15 November 1994 |
4 | Dr. Ibrahim Kamal bin Abd Rahman | Provos | 16 November 1994 - 16 November 1998 |
5 | Profesor Dr. Mohd Tahir bin Abdul Hamid | Provos / Pengarah | 16 November 1998 - 13 Jun 2002 |
6 | Profesor Madya Mohamad Kamar bin Haji Harun | Pengarah | 16 Jun 2002 - 31 Januari 2006 |
7 | Datuk Profesor Madya Dr. Mizan bin Haji Hitam | Pengarah / Rektor | 1 Februari 2006 - 31 Ogos 2012 |
8 | Profesor Madya Dr. Mohd Adnan bin Hashim | Rektor | 1 November 2012 - 31 Disember 2016 |
9 | Datuk Profesor Madya Sabariah binti Haji Mahat | Rektor | 1 Mac 2017 - 14 April 2019 |
10 | Profesor Dr. Abd Halim bin Mohd Noor | Rektor | 1 Julai 2019 - 14 Jun 2021 |
11 | Profesor Datuk Ts. Dr. Haji Mohd Rasdi bin Zaini | Rektor | 22 November 2021 - Sehingga Kini |