Datuk Haji Abdul Wahab Aziz dilahirkan pada Ogos 1947. Anak jati dari bumi kenyalang Sarawak ini merupakan graduan lulusan Law Intermediate LLB London External di Universiti Teknologi MARA. Beliau kemudiannya berhijrah ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian dan mendapatkan kelulusan tertinggi Sarjana Sains dalam bidang pengurusan di Aston University, United Kingdom serta Sarjana Falsafah Southeast Asian Studies, Kent University, juga di United Kingdom.

Pada awalnya, beliau bermula sebagai pegawai daerah sebelum berkhidmat di pelbagai jabatan awam di negeri Sarawak dan turut menyandang beberapa jawatan di dalam bidang pengurusan, pentadbiran serta perkhidmatan awam. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Kalaka selama 30 tahun dan memegang jawatan menteri muda di sektor kementerian pada masa yang sama. Perkembangan kerjaya dalam pelbagai jawatan serta peranan yang disandang oleh Datuk Haji Abdul Wahab Aziz dari dahulu sehingga kini amat mengagumkan sehingga beliau dianugerahkan dengan beberapa pingat serta bintang kebesaran atas segala jasa dan khidmat bakti.

Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, berkenan mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor baharu UiTM YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, 5 Ogos 2023.

Pengisytiharan pelantikan sebagai Pro-Canselor dilakukan pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-97 pada 5 Ogos 2023. Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, berkenan menyempurnakan sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam dan mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor baharu UiTM iaitu YBhg. Dato’ Profesor Emeritus Dr. Hassan Said dan YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz.

Turut berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-97 ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, bersama Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, serta barisan Lembaga Pengarah UiTM. Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.

Turut berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-97 ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, bersama Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, serta barisan Lembaga Pengarah UiTM. Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.

YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz semasa melaksanakan penganugerahan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101 (Sidang 8) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 13 Mei 2025 melibatkan 1,021 jumlah graduan.
YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz bersama isteri semasa melawat Galeri Tun Abdul Razak pada 10 Mei 2025.

Bagi setiap khidmat dan jasanya kepada masyarakat dan khususnya negara, UiTM amat optimis dengan kepakaran beliau dalam memastikan kejayaan berpanjangan bagi universiti keramat ini.

Titah/Ucapan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz Pro-Canselor UiTM  sebagai Penganugerah pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-103 (Sidang 5) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam ( 22 November 2025 )
YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz Pro-Canselor UiTM semasa melaksanakan penganugerahan pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-103 (Sidang 5) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 22 November 2025 melibatkan 869 jumlah graduan

 

 

powered by social2s