Negeri Kelahiran: Perak
Tarikh Lahir: 15 Julai 1958

Pendidikan:
PhD Kejuruteraan Alam Sekitar, University of Newcastle (1992)
Sarjana Sains Kejuruteraan Kesihatan Awam, University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), UK (1983)
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), UK (1981)

Mengenai Beliau:
Mempunyai perwatakan yang sederhana, beliau merupakan seorang ketua yang menghormati pekerja tanpa mengira pangkat dan sangat komited dengan tugas tanpa mengira masa dan tenaga. Tegasnya, beliau sentiasa menitikberatkan soal pendidikan kerana dengan itulah dapat mengubah kehidupan seseorang untuk menjadi lebih baik.

Sejak dari kecil, pendidikan menjadi keutamaan dalam didikan keluarga tokoh hebat ini. Sehinggalah beliau menjadi Naib Canselor di universiti ini, beliau tetap menjadikan aspek pendidikan sebagai satu lonjakan utama bagi memajukan negara tercinta ini.

Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UiTM berdasarkan kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaian ketika memegang jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Pendidikan Profesional, Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSpace) dan jawatan utama sebelumnya sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Beliau juga berkongsi pengalaman ketika menghadapi cabaran pasca COVID-19 yang memerlukan strategi dalam mengintegrasikan pelbagai pendekatan yang bersesuaian untuk pembelajaran kuliah(hybrid), mesyuarat, seminar serta perlu menitikberatkan soal kebajikan kakitangan dan juga pelajar tatkala negara masih lagi dihimpit isu wabak ini. Tambahan lagi, keadaan warga yang dilihat terlalu selesa menjadi satu cabaran dan misi hebat kepada beliau dalam merealisasikan UiTM menjadi sebagai sebuah high end university.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga kerana walaupun UiTM mengalami pelbagai cabaran dan tentangan namun institusi ini masih kukuh menerpa kecemerlangan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.