Negeri Kelahiran : Kelantan

Tarikh Lahir : 1 Januari 1955

Beliau pernah berkhidmat dengan UiTM sebagai Ahli Majlis Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bermula 1 Oktober 2001 hingga 8 Jun 2008. Pengerusi Lembaga Pengarah sewaktu beliau menjadi Ahli Majlis LPU adalah YBhg. Tan Sri Dato Sri Panglima Abdul Rahman Arshad (3 Mac 1992-16 Oktober 2002), YBhg. Tan Sri Nik Mohamed Yaacob (1 Januari 2002-31 Disember 2004) dan Ybhg. Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1 Januari 2005-30 Jun 2015).


PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda : Manchester University, UK (1979)
Ijazah Sarjana : Brunel University, UK (1981)
Ijazah Kedoktoran : Brunel University, UK (1984)


KERJAYA PENGALAMAN PENTADBIRAN

  • 2008 – 2015 : Naib Canselor & Presiden, Taylor’s University
  • 2005 – 2008 : Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
  • 1998 – 2005 : Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
  • 1995 – 1998 : Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia
  • 1984 – 1990 : Pensyarah Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM)
  • 1990 – 1995 : Dekan Fakulti Matematik, USM

  
SUMBANGAN AKADEMIK & PENDIDIKAN TINGGI

  • Penubuhan Universiti Penyelidikan
  • Penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
  • Melalui ‘Perekaan Geometrik Dibantu Computer’ (Computer Aided Geometric Design, CAGD), beliau telah memperkenalkan kelas baharu fungsi campuran yang dikenali sebagai Generalised Ball Basis Functions yang juga dikenali sebagai “Said Basis Functions”.


KEAHLIAN PERSATUAN PROFESIONAL / AKADEMIK

  • Ahli, Majlis Pendidikan Tinggi Negara
  • Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
  • Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
  • Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
  • Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc)
  •  

ANUGERAH

  • 2007 : Chevalier de Ia Legion d’Honneur, Kerajaan Perancis
  • 2009 : Doctor of Science (Honorary), Universiti Malaysia Perlis
  • 2010 : Doctor of Science (Honorary), Mutimedia University Malaysia
  • 2010 : Doctor of Engineering (Honorary), Birmingham University, England
  • 2014 : Doctorate (Honorary), University of Toulouse

 

Rujukan

1. Fail Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti

2. Bahagian Pentadbiran dan Sekretariat Universiti