UiTM berpegang pada keyakinan bahawa setiap insan memiliki potensi untuk belajar dan berkembang. Pendidikan bukan sekadar alat, tetapi wahana membina masa depan — memartabatkan insan, memperkasa masyarakat, dan memajukan negara.
Berasaskan nilai ilmu dan keimanan, UiTM percaya bahawa kejayaan sejati lahir daripada usaha gigih, bimbingan berterusan dan penerapan nilai-nilai murni. Melalui pemindahan ilmu yang terbuka serta penerapan nilai Islam, UiTM bertekad melahirkan graduan profesional yang bukan sahaja cemerlang dalam bidangnya, tetapi turut berperanan membangunkan diri, masyarakat dan negara.
UiTM – mencipta kecemerlangan melalui ilmu, nilai dan insan. Berikut merupakan kronologi Falsafah UiTM dari awal hingga kini :
| Tahun | Falsafah | Menteri | Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM | Pengarah / Naib Canselor UiTM |
|
1987 Sumber: Laporan Tahunan ITM 1987 |
Konsep penubuhan ITM telah diasaskan kepada empat keyakinan atau hakikat yang secara langsung merangkumi falsafah pendidikan di Institut ini. Kesimpulan falsafah ini ialah:
|
Yang Berhormat Encik Anwar bin Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia |
Tan Sri Dato' Sallehuddin Bin Mohamed | Yang Berbahagia Dr. Hj. Mohd. Mansor bin Hj. Salleh Pengarah ITM |
| 1994 - 2003 | Kepercayaan bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun dunia secara terbuka serta melalui pemindahan dan penerapan nilai-nilai Islam, boleh berperanan dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara. | Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak SSAP, SIMP, DSAP, DPMS, PNBS Menteri Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan |
Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Haji Arshad | Y. Bhg. Ir. Hj. Ahmad Zaidee bin Haji Laidin, KMN Pengarah ITM |
| 2004 | Kepercayaan bahawa Individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara. | Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Shafie bin Haji Mohd Salleh Menteri Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia |
Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin | Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah PGBK, SPSK, DPMS, DMSM, JBK, DNS, PBS, BCM Ph.D Gov. & Pol. (Maryland), BA Econ (Ohio, MA Sociology (Ohio), DPA (ITM), Naib Canselor |
| 2011 Sumber |
Seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara. | YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin | Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin | Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FASc,PEng,DSPN, DJN, DSM, BCN |
| 2020 | Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara. | Yang Berhormat Dr Maszlee Malik | Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir | Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim |
| 2025 | Kita percaya Allah SWT menganugerahi manusia dengan bakat, minat dan kecenderungan yang, sekiranya diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui penjanaan. pemindahan dan pengintegrasian ilmu secara terbuka serta penerapan nilai-nilai Islam, mereka berkemampuan menjuarai transformasi diri, masyarakat dan negara. |
YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir |
YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil |
Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc, PTech., Hon. MIIEM |
Terkini, Falsafah baharu UiTM telah diperbaharui melalui Majlis Pelancaran Visi, Misi, Falsafah dan Objektif (VMFO) pada 13 November 2025.