Pengenalan
Pengurusan bahan harta intelek UiTM telah mula diuruskan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak bermula tahun 2008. Ia merangkumi aktiviti pengumpulan, pendigitalan dan menyebarluas koleksi bagi tujuan ketampakan (visibility) bahan yang dihasilkan oleh warga universiti.
Repositori Institusi Universiti
Sistem repositori institusi mula dibangunkan pada tahun 2008 dengan menggunakan aplikasi sumber terbuka Eprints melalui kepakaran dalaman. Sistem ini dibangunkan boleh Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi Maklumat (JPSTM) melalui bengkel yang dijalankan di Universiti Malaya. Pegawai yang terlibat adalah En. Ahmad Nazri dan En. Noor Hidayat Adnan.
Skop Bahan
Skop bahan harta intelek yang yang disimpan di dalam repositori terdiri dari 14 jenis bahan iaitu:
- Article
- Book Section
- Monograph
- Conference or Workshop Item
- Book
- Thesis
- Image
- Video
- Audio
- Teaching Resource
- Student Project
- Entrepreneurship Project
- Research Reports
- Oral History
Dasar
Dasar Penyerahan Harta Intelek Universiti ke Repositori Institusi Universiti (https://ir.uitm.edu.my) telah dikeluarkan oleh PTAR pada 2015 setelah mendapat kelulusan oleh Jawankuasa Pengurusan Eksekutif Bil. 09/2015 pada 2 September 2015. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa PTAR merupakan pusat bagi pengumpulan bahan harta intelek melalui Repositori Institusi Universiti dan Ketua Pustakawan berfungsi sebagai pengawal ke atas bahan repositori tersebut.
Dasar yang dikeluarkan adalah bertujuan:
- Memastikan staf dan pelajar universiti yang mencipta bahan harta intelek menyerahkan bahan Harta Intelek ciptaan mereka kepada Perpustakaan UiTM sebagai Pusat Repositori Institusi UiTM.
- Mengenengahkan fungsi perpustakaan sebagai pusat perolehan, pengumpulan, penyimpanan, pemeliharaan, rujukan dan penyebaran perkhidmatan maklumat Harta Intelek UiTM bagi mengenengah dan memartabatkan Harta Intelek UiTM ke peringkat global atau secara capaian atas talian.
Penarafan Repositori