Perancangan pembangunan lima tahun (2006-2010) UiTM ini merupakan proses yang merangkumi perancangan pembangunan dan membentuk gambaran masa depan Universiti menerusi pernyataan misi dan visi Universiti, merangka matlamat-matlamat teras Universiti berdasarkan kepada keperluan Kementerian Pengajian Tinggi, merangka matlamat sokongan berdasarkan fungsi utama Universiti serta merangka strategi keutamaan operasi Universiti berdasarkan teras dasar yang relevan, dan membentuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap strategi tersebut.
Proses di atas telah didokumenkan dengan jayanya di dalam dokumen Rancangan Pelaksanaan RMKe-9 UiTM ini. la merupakan blueprint Universiti dalam mencorak tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh semua warga (pengurusan, pentadbiran, sokongan dan pelajar) bagi memenuhi aspirasi dan visi Universiti mencapai status Universiti Bertaraf Dunia tahap kedua pada tahun 2010. Dokumen ini perlu dijadikan sebagai bahan rujukan utama bagi semua kampus, fakulti, pusat, bahagian dan unit dalam menyedia dan merancang inisiatif-inisiatif bagi menyokong perancangan induk Universiti.