Dokumen Perancangan dan Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Universiti Teknologi MARA 2011-2015 merupakan wadah pemikiran yang dijana bagi mempermudah UiTM mengorak langkah dengan lebih cemerlang bagi mengangkat martabat bangsa. la sejajar dengan pembentukan budaya kecemerlangan UiTM yang berteraskan keemerlangan, baik dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan kreativiti, pencapaian akademik mahupun jaringan industri. Dari sudut yang lain pula, keemerlangan disemarakkan sama ada dalam kepimpinan, tadbir urus ataupun dalam hal pembangunan keusahawanan.
Dokumen RMKe-10 ini memainkan peranan sebagai garis panduan hala tuju strategik UiTM untuk lima tahun akan datang (2011-2015) dan berfungsi sebagai sumber rujukan utama bagi fakulti, pusat, jabatan, bahagian dan juga kampus negeri dalam membentuk perancangan strategik masing-masing. Usaha ke arah menjadikan UiTM sebagai Universiti Tersohor harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan komitmen yang padu.