Perancangan halatuju strategik UiTM ini adalah pelan induk RMKe-11 UITM untuk jangka masa lima (5) tahun lagi (2016-2020) di samping Program Transformasi UITM yang komprehensif bagi memastikan institusi ini terus maju de kekal menjadi sebuah universiti yang tersohor dan setanding dengan universiti terkenal dunia. Diharapkan perancangan strategik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan yang paling penting pelaksanaannya ini disusuli dengan pemantauan berkala serta dapat diukur keberkesanan pencapaiannya.
Antara penekanan dan penumpuan utama UiTM ialah kualiti pelajar dan pengajaran agar dapat memenuhi kehendak pasaran khususnya dalam konteks mempelajari teknologi-teknologi baru serta melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif. Kesungguhan UiTM untuk meningkatkan penarafan dalam kalangan universiti terbaik di dunia hendaklah diteruskan sehingga menjadi kenyataan.