Penerbitan ini menyediakan garis panduan umum untuk dijadikan rujukan utama dalam merangka perancangan strategik semua bahagian, fakulti, pusat, unit dan cawangan dari tahun 2001 hingga 2010. Perancangan Strategik Sepuluh Tahun UiTM (2001-2010) juga menjadikan perancangan transformasi UiTM kepada universiti yang unggul yang memberi tumpuan kepada mewujudkan 'niche' baru disamping mengekalkan 'niche' asal, konsep mesra pelajar, kecemerlangan penyelidikan dan perundingan, serta mencapai tahap pengurusan IPT yang lebih efisyen dan berdikari.

Naskhah ini mempunyai 263 halaman muka surat dan merupakan panduan penting dalam pengendalian UiTM selepas dinaiktaraf menjadi universiti pada 1999.