UiTM2025 dibangunkan berdasarkan kerangka strategik yang mengambil kira dan mengintegrasikan dasar dan perancangan di peringkat universiti dan kebangsaan serta trend global. Prestasi semasa universiti dapat dilihat melalui semakan Rancangan Malaysia UiTM Ke-11 dan laporan prestasi UiTM 2016–2019. Prestasi UiTM dinilai lebih terperinci menggunakan analisis SWOT melalui beberapa siri bengkel pengurusan kanan. Selain itu, kemuncak idea timbul daripada maklum balas pemegang taruh, seterusnya membentuk asas kerangka strategik UiTM.

Dengan mengambil kira kemajuan melalui Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0), hala tuju strategik UiTM bercirikan inisiatif berdasarkan bakat, proses dan teknologi yang membawa kepada penggunaan sistem pintar yang lebih pantas dan kukuh (analitis data raya dan pembelajaran mesin (machine learning), Internet of Things dan kecerdasan buatan). Konsep Masyarakat 5.0 (Society 5.0) yang dikenali sebagai “Masyarakat Pintar” juga terkandung dalam kerangka strategik UiTM, untuk menggambarkan masyarakat mampan yang diperkasakan dengan teknologi digital dan robotik. Perkembangan masyarakat pintar berkait rapat dengan menanamkan nilai teras dalam masyarakat UiTM, sekaligus mewujudkan masyarakat yang harmoni dan penyayang.

UiTM2025 juga memberi penekanan kepada inisiatif universiti yang mampu menyumbang ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) yang diketengahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Usaha ini dipertingkatkan lagi dengan pemantauan, penilaian dan penyampaian inisiatif dalam komuniti nasional dan bertaraf global. Model Perancangan Strategik digambarkan diklasifikasikan sebagai satu strategik berani yang direka khusus untuk menempatkan universiti di peringkat dalam dan luar negara. Perancangan strategik baharu ini memberi tumpuan kepada tiga (3) teras strategik iaitu Pendidikan Berkualiti, Kecemerlangan Global dan Prestasi Berorientasikan Nilai. Dokumen Perancangan Strategik UiTM ini memfokuskan kekuatan terkini universiti dan memberikan laluan yang jelas untuk UiTM. Ia ditubuhkan dengan inisiatif utama bagi mengubah UiTM menjadi sebuah universiti terkemuka di dunia yang bertaraf antarabangsa dengan memberi manfaat kepada pihak berkepentingan.

Sumber : https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52302/