Program Transformasi UiTM (Trans4U) dilaksanakan oleh UiTM seiring dengan aspirasi yang ingin dicapai menerusi RMKe-11 Nasional dalam mendepani cabaran globalisasi serta perubahan landskap ekonomi dan teknologi, dengan mengambilkira objektif serta sasaran yang telah ditetapkan. Dalam agenda transformasinya UiTM meneruskan keunikannya dalam menggalas misi dan visi Bumiputera melalui pengajian tinggi. Program Trans4U telah bermula pada April 2015 menerusi 16 Program Transformasi merangkumi 64 projek yang mencakupi 4 komponen, iaitu:
- Organisasi (O),
- Kecemerlangan Bakat (B),
- Proses (P)
- Teknologi (T)
Transformasi perlu untuk memastikan lonjakan prestasi dan daya saing universiti ini. Komitmen dari segenap lapisan warga Universiti dirancang secara teratur dan berstrategi. UiTM akan meneruskan tradisi kecemerlangan dan keunggulan tanpa mengetepikan misi teras agenda bumiputeranya
Pada tahun 2018, Program Trans4U 2.0 telah dilaksanakan oleh UiTM sebagai kesinambungan anjakan paradigma agar perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang lebih berstrategi dapat dibuat sesuai dengan keperluan perubahan, persaingan dan peluang baharu bagi:
- Memacu kecemerlangan bakat melalui pemerkasaan ekosistem universiti berintensifkan teknologi terkehadapan yang bercirikan digital, pintar dan maya.
- Memperluaskan aksesibiliti untuk penguasaan ilmu yang berinovatif demi memberi impak kepada
masyarakat dan kemakmuran negara. - Menjuruterai kecemerlangan dan keunggulan UiTM di peringkat global tanpa mengetepikan misi teras agenda bumiputeranya dengan penerapan Budaya PERDANA.