Ketibaan YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

Tanggal 8 Oktober 2025 menjadi satu lagi detik bermakna buat UiTM Cawangan Sabah apabila berlangsungnya Majlis Perasmian Bilik Aktiviti Jaringan dan Alumni, satu inisiatif yang mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh hubungan strategik antara alumni, industri dan komuniti.

(Dari kiri) Profesor Madya Dr. Rozita @ Razita Hj. Mohamed (Rektor UiTM Cawangan Sabah), YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz (Pro-Canselor UiTM) dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc (Naib Canselor UiTM) memotong riben sempena Majlis Perasmian Bilik Aktiviti Jaringan dan Alumni UiTM Cawangan Sabah

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), serta disempurnakan bersama oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc., Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Turut hadir Profesor Madya Dr. Rozita @ Razita Hj. Mohamed (Rektor UiTM Cawangan Sabah). barisan Pengurusan Kampus serta warga universiti.

                            

Penubuhan Bilik Aktiviti Jaringan dan Alumni ini menjadi simbol kepada semangat kebersamaan warga UiTM dalam memperkasa jaringan ilmu, kolaborasi dan kebanggaan sebagai Anak Bangsa UiTM. Ia bukan sekadar ruang fizikal, tetapi medan inspirasi untuk menggerakkan pelbagai aktiviti strategik yang menyatukan alumni dan universiti ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Plak perasmian Bilik Aktiviti Jaringan dan Alumni UiTM Cawangan Sabah

Sumber : Unit Arkib UiTM Cawangan Sabah