
Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan melakukan gimik perasmian pada
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi di Dungun, Terengganu diiringi Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin Bin Sahib,
Naib Canselor UiTM (kiri) dan Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM (hujung kanan)
Sumber gambar : Utusan
Pembinaan Masjid Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi yang dijangka siap pada tahun 2027 dapat menampung sehingga 1,500 jemaah dalam satu masa. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin berkata, pembinaan masjid atau dikenali pusat hidayah bagi fasa satu yang bernilai RM2 juta itu dibina di atas atas tanah berkeluasan 0.61 hektar, hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul sejak 2018.
Projek Pembinaan Masjid UITM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin D.K.T.,D.K.R.,D.K.,D.K.M.,D.M.N.S.U.M.Z,S.S.M.T.,S.P.M.T.,D.K. (Perlis), D.K(Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Neger Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M,J, Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni, Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya pada 26 Jun 2025 hari Khamis bersamaan 29 Zulhijjah 1446 Hijrah jam 9.00 pagi.
Sumber : Masjid UiTM Bukit Besi siap 2027 (https://www.utusan.com.my/nasional/2025/06/masjid-uitm-bukit-besi-siap-2027/?fbclid=IwY2xjawLJ50VleHRuA2FlbQIxMQBicmlkETF3SmkwTkdKbjVhazh3WG5WAR5Q8ZZIwDUmf2XrKP4rKTpoYoBgKKW2fmKHhIxCzJ3qzbsLPTGcxO9_vRrs-Q_aem_a1l2zN_0rBzrhGekMrS0fQ)