Antikuiti awal dua papan nama ini menjadi saksi perubahan masa dan evolusi peranan. Yang satu berwarna hijau klasik dengan huruf timbul putih sinonim dengan aura zaman Institut Teknologi MARA manakala beriringan dengannya, papan nama moden berlatarkan biru elegan dan rekaan kontemporari zaman Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia bukan sekadar perubahan reka bentuk, tetapi lambang kemajuan peranan dan tanggungjawab. Nama yang sama, namun dalam dua zaman yang berbeza mewakili warisan, dan melambangkan transformasi.

Dua papan nama, dua naratif, menghubungkan nostalgia masa lalu dan aspirasi masa depan dunia kepustakawanan.