Pada akhir tahun 1968, ITM mempunyai 2,329 orang penuntut dan 132 orang pensyarah tetap. Selain daripada itu, ITM juga mempunyai beberapa orang pensyarah sambilan. Ini adalah satu perkembangan yang sangat besar berbanding dengan bilangan penuntut-penuntut pada hujung tahun 1967 yang hanya seramai 1461. Oleh kerana bertambahnya bilangan penuntut ITM, MARA telah menyewa beberapa rumah pangsa untuk menempatkan penuntut-penuntut dan juga dijadikan tempat kuliah. Bangunan baru ITM yang sedang di dirikan di Shah Alam pula di jangka akan siap pada pertengahan tahun 1969.
Bilangan kursus telah ditambah dan ITM telah disusun mengikut berbagai-bagai kajian. Untuk meninggikan lagi taraf pengajian di ITM, seramai 165 orang pensyarah telah di hantar ke luar negara untuk mengikuti Post Graduate. Sementara itu, ITM juga mendapat kerjasama dari pelbagai Kedutaan Negara Asing yang ada di Kuala Lumpur khasnya untuk mendapatkan beberapa buku teks dan juga pensyarah-pensyarah tambahan.
BIASISWA PINJAMAN MENGIKUT TEMPAT 1968
NEGARA | JUMLAH |
Philippines | 2 |
United Kingdom | 40 |
Australia | 4 |
New Zealand | 1 |
West Germany | 3 |
Singapore | 3 |
U.S.A | 5 |
India | 3 |
Pakistan | 3 |
Universiti Malaya | 94 |
Azman & Wong | 5 |
Kang & Khao | 2 |
Jumlah | 165 |
Rujukan
1. Penyata Tahunan 1968 MARA