Institusi ini adalah simbol keteguhan bangsa dalam membina martabat pendidikan anak bangsa sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Dalam edisi khas Warta Merdeka, penerbitan ini menyingkap pandangan kepimpinan tertinggi universiti serta suara mahasiswa dalam mengisi erti kemerdekaan pada hari ini.
 
Penerbitan 8 muka surat ini memaparkan pengisian wawancara bersama Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Timbalan Naib Canselor (Akademik), Timbalan Naib Canselor (Perancangan dan Pembangunan) dan pelajar tentang peranan institusi ini yang telah melalui era sebelum dan selepas merdeka.
 
Kemerdekaan bukan sekadar sejarah — ia adalah amanah untuk diteruskan dan itulah perjuangan sebenar.
 
Sumber : Warta Merdeka Edisi Khas Bilangan 1 Ogos 2002
powered by social2s