
Pak Nik mengajak baca panduan ini dengan cermat, menung sejenak dan jika ianya boleh diterima oleh akal, ikutlah nasihat itu.Brosur ini karya oleh Pengarah Institut Teknologi MARA Ke-10, Dato’ Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid atau lebih mesra dalam kalangan pelajar sebagai Pak Nik. Beliau berkhidmat di ITM pada 16 Julai 1980 sehingga 31 Ogos 1986.

Brosur ini memberi input berharga seperti kata-kata nasihat, tips dan panduan kepada pelajar untuk menghadapi minggu-minggu mencabar peperiksaan. Ayatnya jelas dan tidak terlalu sarat serta boleh digunakan untuk pembelajaran sepanjang hayat.