Penghuni terawal koleksi Bahagian Arkib Universiti, berusia 63 tahun. Suara Rasmi Pertama Dewan Latehan RIDA Edisi No. 1 menerusi Majalah INDRARIDA diterbitkan buat pertama kalinya pada Oktober 1962. INDRARIDA berkonsepkan penerbitan bercorak perniagaan dan pendidikan, memaparkan pelbagai rencana serta laporan yang menyelami perkembangan akademik dan sahsiah pelajar di institusi ini. Tujuan utamanya adalah menyebarkan ilmu, pengalaman serta aktiviti yang dilalui oleh para penuntut kepada khalayak yang lebih luas.
 
Antara kandungan menarik dalam edisi sulung ini termasuk senarai staf dan pensyarah Dewan Latehan RIDA, pengenalan kepada kursus-kursus profesional yang ditawarkan, aktiviti persatuan-persatuan pelajar dan perkembangan semasa ketika era tersebut serta catatan daripada bekas penuntut. Cetakan dalam hitam putih sebanyak 113 muka surat dalam bahasa melayu dan inggeris.

 

Rujukan : 

1. INDRARIDA No.1 Oktober 1962