UiTM Kampus Kuala Terengganu pada tahun 2012.
Bangunan State House di Kuala Terengganu menempatkan program separuh masa pada Julai 1980.

Pada Julai 1980, program separuh masa dijalankan di bangunan State House, Kuala Terengganu. Bangunan tersebut telah dipinjamkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada ITM sehingga program luar kampus kembali beroperasi di Kuala Terengganu pada tahun 1990.

Bangunan UiTM Kampus Kuala Terengganu pada tahun 2012.

ITM Kampus Kuala Terengganu, yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Terengganu (KYT), mula beroperasi pada 18 Disember 1991. Melalui satu MoU antara Yayasan Terengganu dengan ITM, lahirlah Kolej Bersekutu pertama yang berfungsi sebagai institusi pendidikan bertujuan membantu anak-anak tempatan untuk berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Suasana persekitaran kampus Kuala Terengganu pada tahun 2025.

Pada 1 Januari 2008, UiTM telah bersetuju untuk mengambil alih KYT secara keseluruhan dan menjadikannya UiTM Terengganu Kampus Kuala Terengganu. Kini, kampus ini mampu menempatkan lebih 1,000 orang siswa-siswi dengan jumlah yang terus meningkat dari semasa ke semasa, seiring dengan pembangunan infrastruktur yang dijalankan.

Hayati juga pautan sejarah ITM Cawangan Terengganu dan Barisan Peneraju serta perjalanan kampus Dungun dan Bukit Besi.

Sumber : Melakar Peristiwa, Pengkisahan Sejarah Kampus-Kampus ITM-UiTM 2012