Penerima gelaran Profesor Emeritus UiTM merupakan penghormatan oleh universiti kepada tokoh-tokoh ternama dan terkenal dalam dan luar negara atas jasa serta sumbangan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing.

KONVOKESYEN KE- 101

Tahun Penganugerahan: 2025

   

  1. Ar. Hijjas Kasturi - Penerima Gelaran Profesor Emeritus

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganugerahi gelaran Profesor Emeritus kepada bapa seni bina negara, Ar. Hijjas Kasturi, pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Shah Alam pada 7 Mei 2025 bersamaan 9 Zulkaedah 1446.

Penganugerahan kepada tokoh arkitek negara itu disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Zarinah Anwar. Penghargaan ini diberi atas jasa besar Hijjas yang menjadi pengasas 'School of Applied Arts' di Institut Teknologi MARA (kini UiTM) pada 1967 dan asas kepada penubuhan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) pada hari ini.

Sumber: