Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur (Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1967 di bawah nama Kajian Seni Gunaan dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelajar. Ia kemudian telah ditukar nama kepada Kajian Senilukis dan Senibina. Pada tahun 1971, sekali lagi organisasinya berubah dimana dua kajian baru telah diwujudkan iaitu Kajian Senilukis dan Senireka dan Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur.
Sejak Kajian ini ditubuhkan, objektifnya masih tidak berubah iaitu untuk melatih kaum Bumiputera memperolehi kepakaran teknikal, separa-profesional dan professional dalam semua bidang berkaitan dengan seni alambina, sama ada untuk sektor awam mahupun swasta.
Ketua Pusat Pengajian dan Dekan yang pernah berkhidmat dari awal penubuhan sehingga kini,
Bil. | Tahun | Ketua Pusat Pengajian dan Dekan |
---|---|---|
1. | 1968 - 1970 | Encik Hijjas Kasturi |
2. | 1970-1971 | Tuan Haji Mohd Tahir Abdul Majid |
3. | 1971-1975 | Encik Ezrin Arbi |
4. | 1975-1976 | Encik Tamzil Munir |
5. | 1977-1979 | Encik Awang @ Jaafar Ismail |
6. | 1980-1981 | Encik Ghani Salleh |
7. | 1981-1983 | Tuan Syed Ziad Wafa |
8. | 1983-1984 | Encik Munshi Abd. Hamid |
9. | 1984-1984 | Encik Wan Mohamed Yusoff Abdullah |
10. | 1984-1986 | Tuan Syed Ziad Wafa |
11. | 1987-1988 | Encik Shamsul Bahar Haji Abku Bakar |
12. | 1989-1992 | Profesor Madya Dr. Mohamad Awang |
13. | 1992-1993 | Profesor Madya Ar. Abdul Ghani Desa |
14. | 1993-1995 | Profesor Madya Kamariyah Kamsah |
15. | 1995-1999 | Profesor Madya Dr. Rustam Abbas |
16. | 1999-2002 | Profesor Madya Dr. Mohamad Awang |
17 | 2002-2007 | Profesor Madya Dr. Mohamed Yusoff Hj Abbas |
18. | 2007-2010 | Profesor Madya Dr. Wan Mohd Naim Wan Mohd |
19. | 2011 | Profesor Madya Dr. Masran Saruwono |
20. | 1 Jan 2019 1 Jan 2021 - 31 Dis 2022 (Lantikan Semula Dekan) |
Prof TPr Dr Jamalunlaili Abdullah |
21. | 15 September 2022 - 2024 (Lantikan Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina) | Prof TPr Dr Jamalunlaili Abdullah |
22. | 2024 - kini | Assoc. Prof. Ts. Dr. Hjh. Emma Marinie Ahmad Zawawi |
Sehingga kini, sebanyak sembilan (9) Jabatan telah diperkenalkan di bawah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur:
- Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah
- Jabatan Senibina Dalaman
- Jabatan Bangunan
- Jabatan Senibina
- Jabatan Ukur Bahan
- Jabatan Ukur Bangunan
- Jabatan Senibina Lanskap
- Jabatan Pengurusan Hartanah
- Jabatan Sains Ukur dan Geomatik
Sumber :
- Buku Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur, 1992
- Brosur FSPU