Pengajian Perakaunan telah dimulakan pada Julai 1956 seawal penubuhan Dewan Latehan RIDA di Jalan Othman, Petaling Jaya. Pada ketika itu, Dewan Latehan RIDA merupakan Institusi Kerajaan yang pertama mengendalikan kursus perakaunan dan mengeluarkan para akauntan di dalam negeri.  Antara kursus pertama di bidang perakaunan yang ditawarkan adalah London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) diikuti oleh Australian Society Of Accountants (ASA).

Pada April 1957, RIDA menganjurkan Travelling Instructional Teams bagi membantu dan mengajar peniaga di luar bandar untuk memahami kaedah perakaunan mudah untuk memajukan perniagaan mereka. Setiap kursus dijalankan selama 7 hari yang meliputi sistem silibus perakaunan yang mudah dan direka khas untuk peniaga kecil-kecilan. Seramai 71 orang telah mengikuti kelas pertama yang telah dijalankan di Gombak, Selangor dan daripada jumlah itu 38 orang yang terlibat adalah wanita.

RIDA juga telah menaja 8 orang pelajar di bawah Pelan Colombo untuk latihan dalam Chartered Accountancy di Australia dimana para pelajar terbabit akan mengikuti peperiksaan peringkat pertengahan pada Oktober 1957 dan akan diserap ke dalam bidang perdagangan atau industri sejurus selesai pengajian mereka. Mereka merupakan antara Melayu pertama yang mengamalkan Chartered Accountancy di dalam negara.

Untuk London Chamber of Commerce Examination, pelajar dilatih di dalam bookkeeping, kos, elemen perdagangan, Bahasa Inggeris dan menaip. Pada tahun 1956, sebelum Dewan di tubuhkan, RIDA telah menaja 23 orang pelajar untuk mengikuti latihan di Institusi Goon di Kuala Lumpur bagi menyiapkan mereka untuk peperiksaan peringkat pertengahan LCC dan 24 orang pelajar lagi telah terpilih untuk tahun yang sama.

Pada tahun 1970, Kajian Perakaunan telah berpindah ke tingkat 9 & 10 Bangunan Menara Ilmu (Menara SAAS) ITM Shah Alam dan kemudian berpindah ke bangunan baharu pada tahun 1984 di Bangunan Akademik 2. Ini seiring dengan peningkatan jumlah pelajar dan staf yang pesat serta pertambahan progam akauntan yang ditawarkan.  Pada tahun 2000, Fakulti Perakaunan telah berpindah ke Kampus Seksyen 17, Shah Alam dan pada tahun 2004 sehingga 2014 sekali lagi telah berpindah semula ke Bangunan Menara SAAS (Menara Ilmu) ditingkat 4, 7, 8, 10, 11, 12 dan 14.  Kini, Fakulti Perakaunan telah ditempatkan di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Ketua-Ketua/ Dekan-Dekan Kajian/ Fakulti Perakaunan yang telah memberi khidmat jasa,

Bil. Tahun Ketua-Ketua/ Dekan-Dekan Kajian/ Fakulti Perakaunan
1. Julai 1966 - 18 Julai 1969 En. Megat Abdul Rahman Megat Ahmad
2. 19 Julai 1969 - 30 September 1971 Haji Abdul Sofi Mohd Noor
3. 1 Oktober 1971 - 31 Ogos 1972 En. Looi Kum Yaw
4. 1 September 1972 - 31 Julai 1973 En. Mansor Hj Ali (Hj.)
5. 1 Ogos 1973 - 15 Mei 1975 En. Joseph Edward Emmanuel
6. 16 Mei 1975 - 30 Jun 1979 En. Wong Sei Van
7. 1 Julai 1979 - 30 September 1982 En. Abdullah Hj. Ghazali
8. 1 Oktober 1982 - 31 Julai 1984 Dr. Syed Noh Syed Ahmad
9. 1 Ogos 1984 - 31 Julai 1988 Haji Dr. Ibrahim Kamal Abdul Rahman
10. 1 Ogos 1988 - 31 Julai 1992 En. Mustapa Md Yassin
11. 1 Ogos 1992 - 2001 Prof. Dr. Juhari Samidi
12. 2001 - 2011 Prof. Dr. Ibrahim Kamal Abdul Rahman
13. 2011 - 2017 Prof. Dr. Rozainun Hj. Abdul Aziz, P.M.K
14. 2017-2020 Prof. Dr. Faizah Darus
15. 1 Oktober 2020 - 14 Disember 2024 Prof. Dr. Haslinda Yusoff
16. 15 Disember 2024 - Kini Prof. Dr. Norli Ali

 

Sumber :

  1. Buku Shaping a Dream
  2. Buku ITM Warisan Bangsa
  3. Buku The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today & Tomorrow,
  4. Buku Documenting A Destiny
  5. Laman Web Fakulti Perakaunan, UiTM