Fakulti Undang-Undang (Kajian Pentadbiran dan Undang-Undang) telah ditubuhkan secara rasminya pada Jun 1968 bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang undang-undang khususnya untuk kaum bumiputera. Ia mula menawarkan program luaran British iaitu Kursus LL.B (London-External) dan Kursus Barrister-at-Law (London). Bagi program dalaman yang diperkenalkan pada ketika itu hanya Diploma Pentadbiran Awam dan Kerajaan Tempatan. Kursus yang pertama diperkenalkan adalah pada November 1958 yang dijalankan di bawah Dewan Latehan RIDA iaitu Kursus London Chamber of Commerce (LCC). Seterunya, dua kursus lagi ditambah pada tahun 1960 iaitu Stenography dan Secretaries (Corporation of Secretaries UK) dan pada Ogos 1964, kursus professional Chartered Institue of Secretaries dimulakan (sekarang dikenali sebagai Institute of Chartered Secretaries and Administrators).
Pada tahun 1978, program LL.B (London-External) telah ditamatkan dan digantikan dengan program LL.B yang terkini. Program LL.B ini adalah program pengajian Sarjana Muda selama tiga tahun yang berteraskan struktur program Undang-Undang Sarjana Muda British. Program LL.B ini telah digantikan dengan Sarjana Muda (Kepujian) Kajian Undang-Undang pada tahun 2002.
Bagi program Diploma Undang-Undang ITM, pengiktirafan telah diberikan setaraf dengan Ijazah Am dari mana-mana Universiti Tempatan. Kursus ini memakan masa selama tiga setengah tahun di mana dalam enam bulan yang pertama pelajar dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan Khas. Selepas itu pelajar akan memulakan pengajian mereka dalam bidang undang-undang selama tiga tahun.
Pada semester 04, pelajar akan mengambil bahagian di dalam Moot. Di dalam latihan ini, persidangan mahkamah olok-olok diadakan di mana pelajar akan mengenal pasti prinsip undang-undang dan nas yang digunakan dalam sesuatu masalah undang-undang yang diberikan. Moot juga mendedahkan pelajar kepada aturcara dan peradaban di mahkamah, Ia dijalankan di hadapan seorang pensyarah undang-undang atau tetamu luar yang ditugaskan sebagai hakim. Latihan Moot dijalankan di Mahkamah Moot ITM.
Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan yang telah berkhidmat bermula dari Kajian Pentadbiran dan Undang-undang sehingga ke Fakulti Undang-Undang adalah,
Bil. | Tahun | Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan |
---|---|---|
1. | 1 Nov 1968 - 30 April 1970 | En. Lim Seah Eng |
2. | 1 Mei 1970 - 30 Jun 1976 | En. Ong Kim Huah |
3. | 1 Julai 1976 - 30 jun 1978 | En. Jaginder Singh |
4. | 1 Julai 1979 - 21 Mac 1983 | En. Mohd. Bokhari Shariff |
5. | 22 Mac 1983 – 30 Mei 1986 | En. Ibrahim Lamat |
6. | 1 Jun 1986 – 14 Januari 1988 | En. Mohd Darbi Hashim |
7. | 15 Januari 1988 – 1 Oktober 1993 | En. Khalid Yusof |
8. | 1 Januari 1994 – 1997 | Pn. Zita Hj Mohd Fahmi |
9. | 1998 - 2003 | Prof. madya Mohd Daubi Hashim |
10. | 2004 - 2005 | Prof. Madya Ramlah Mohd Noh |
11. | 2006 - 2007 | Prof. Madya Dr. Musrifah Sapardi |
12. | 2008 - 2013 | Prof Madya Saudah Sulaiman |
13. | 2014 - 2017 | Prof. Madya Dr. Haidar Dziyauddin |
14. | 2017 - 2018 | Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad |
15. | 31 Disember 2018 - 14 Mac 2024 | Prof. Madya Dr. Hartini Saripan |
16. | 15 Mac 2024 - Kini | Prof. Madya Dr. Nur Ezan Rahmat |
Sumber :
- Buku Shaping a Dream
- Buku ITM Warisan Bangsa
- Buku The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today & Tomorrow,
- Buku Documenting A Destiny
- Laman Web Fakulti Undang-Undang, UiTM