Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (Kajian Seni Lukis & Seni Reka) telah ditubuhkan pada Jun 1967 yang dikenali pada mulanya sebagai Kajian Seni Lukis dan Seni Bina yang terlahir dari foresight dan semangat penerokaan pengasas-pengasas ITM yang berani menghadapi cabaran mewujudkan sesuatu yang agak sukar ditentukan masa depannya. Pada ketika itu program sebegini hanya terdapat di luar negara sahaja. Seawal permulaannya, kajian ini ditempatkan di sebuah kedai di Petaling Garden, Petaling Jaya dan pada tahun 1970, kajian ini telah berpindah ke Happy Mansion, Seksyen 17, Petaling Jaya memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Jabatan-jabatan yang telah ditubuhkan pada ketika itu adalah Jabatan Seni Halus, Jabatan Seni Reka Grafik, Jabatan Seni Reka Tekstil dan Jabatan Seni Reka Tiga Dimensi.
Pada tahun 1972, Kajian Seni Lukis & Seni Bina telah dibahagikan kepada dua kajian iaitu Kajian Seni Lukis & Seni Reka dan Kajian Seni Bina, Perancangan & Ukur. Memandangkan perkembangan yang pesat pada 1973, Kajian Seni Lukis dan Seni Reka telah dipisahkan dari Kajian Senibina, Perancangan & Ukur dan seterusnya berpindah ke bangunan sedia ada di Shah Alam pada tahun 1982. Sehingga kini, kajian ini telah banyak menghasilkan graduan-graduan yang berjaya dalam bidang mereka ceburi, malahan telah mendapat pengiktirafan yang membanggakan di dalam dan luar negara.
Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan yang telah berkhidmat bermula dari Kajian Seni Lukis & Seni Bina (1967-1972), Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (1972-1996), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (1997-kini) adalah,
Bil. | Tahun | Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan |
---|---|---|
1. | 1 Jan 1968 - 31 Mei 1975 | En. Ibrahim Ismail |
2. | 1 Jun 1975 – 1 Julai 1979 | En. Mohd Ahmad Hj Hashim (Dr) |
3. | 1 Jul 1979 – 1 April 1980 | En. Hashim Hassam (Hj) |
4. | 1 Apr 1980 – 31 Mac 1983 | En. Ahmad Khalid Yusof (Hj) |
5. | 1 Apr 1983 – 15 Feb 1985 | En. Mohd Ahmad Hj Hashim (Dr) |
6. | 16 Feb 1985 –14 Jan 1988 | En. Zahari Zain @ Dato' Sulaiman |
7. | 15 Jan 1988 – 31 Dis 1989 | Y.M. Raja Zahabuddin Raja Yaacob |
8. | 1 Jan 1990 – 31 Jan 1993 | En. D‘zul Haimi Md Zain |
9. | 1 Feb 1993 – 1996 | En. Muhamad Tamyez Hj. Bajuri (Dr) |
10. | 1997 - 2001 | Prof. Madya Dr. Abdul Shukor Hashim |
11. | 2002 - 2003 | Prof. Madya Mohamed Sharif Mustapha |
12. | 2004 - 2008 | Prof. Madya Dr. Baharuddin Ujang |
13. | 2009 - 2014 | Prof. Madya Dr. Mustaffa Halabi Hj. Azahari |
14. | 2015 – 2018 | Prof. Dr. D‘zul Haimi Md Zain (A.I.S) |
15. | 2018 - 4 DIsember 2021 | Prof. Dr. Ruslan Abdul Rahim |
Bangunan Kajian Seni Lukis & Sni Reka Sekitar tahun awal 1980-an
Pemandangan di dalam kelas untuk Kursus Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seramik) pada awal tahu 1970-an.
Sumber
- Buku ITM Warisan Bangsa
- Buku Shaping A Dream
- Buku The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today & Tomorrow
- Buku Documenting A Destiny
- Laman Web Fakulti Seni Lukis & Seni Reka