Bidang kesetiausahaan adalah antara kursus yang mula-mula sekali diperkenalkan apabila Dewan Latehan RIDA ditubuhkan pada tahun 1956.  Latihan diberikan bagi pelajar-pelajar mengambil peperiksaan London Chamber of Commerce (LCC) yang dikendalikan oleh United Kingdom. Pada Julai 1960, Kursus Stenografi (Stenography and Secretaries (Corporation of Secretaries UK)) telah dimulakan dengan pengambilan seramai 25 orang pelajar yang mengambil jangkamasa selama tempoh satu setengah tahun di Dewan Latehan RIDA Jalan Othman, Petaling Jaya. Seterusnya, satu kursus lagi ditambah pada bulan Ogos 1964 iaitu kursus Professional Chartered Institue of Secretaries (kemudian dikenali sebagai Institute of Chartered Secretaries and Administrators). Pada bulan Jun 1968, Kursus Stenografi secara rasminya telah diserapkan ke Kajian Pentadbiran Undang-Undang dan kemudian berpindah ke Kampus Shah Alam (Induk) pada akhir tahun 1970.

Kursus Stenografi telah diberi taraf kajian yang bersendirian pada bulan Jun 1974 dan mulai tarikh tersebut secara rasminya tertubuh Kajian Sains Kesetiausahaan yang ditempatkan semula di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya. Dalam masa yang sama, kajian ini mewujudkan lagi kursus-kursus sijil Ilmu Simpan Kira. Jangkamasa kursus Diploma Stenografi pula telah dilanjutkan kepada empat (4) semester atau bersamaan dengan dua (2) tahun. Sementara itu, jangkamasa Kursus Sijil Ilmu Simpan Kira adalah sehingga  tiga (3) semester atau satu setengah (1 1/2) tahun.

Mulai Julai 1975, kajian ini mengadakan peperiksaan semester yang dikelolakan oleh ITM sendiri. Sebelum ini pada pelajar mengambil peperiksaan luar anjuran Pitman Examinations Institute (London), London Chamber of Commerce (LCC) dan Institut Trengkas Melayu (Singapura) sebagai syarat untuk mendapatkan diploma. Bagi memenuhi keperluan semasa, Kajian Sains Kesetiausahaan telah dinaikkan taraf kepada Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat pada 1998 yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Senat ITM Bil. 8/1998 dan pada tahun 2011, Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat digabungkan di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan yang telah berkhidmat sehingga ke Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat adalah, 

Bil. Tahun Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan
1. 1 Nov 1968 - 1 Jul 1976 Mr. Chin Thean Siew
2. 1 Jul 1976 - 6 Jan 1978 En. Hamzah Nordin
3. 7 Jan 1978 – 30 Jun1979 En. Abdul Aziz Hassan
4. 1 Jul 1979 – 30 Ogos 1980 Tuan Syed Hashim Syed Ahmad
5. 3 Sep 1980 - 2 Sep 1982 Pn. Norma Mohd Noor
6. 1 Dis 1982 - 31 ogos 1984 Pn. Fathiyah Yahya
7. 1 Sep 1984 - 31 Mac 1988 Tuan Hj Abdul Aziz Hassan
8. 1 April 1988 - 30 Sep 1990 Pn. Haslina Ahmad
9. 1 Okt 1990 - 31 Dis 1993 En. Mohd Shaari Mohd Din
10. 1 Jan 1994 - 1995 En. Wan Abdul Aziz Abdul Kadir
11. 1996 - 1998 Pn. Rudzi Munap
12. 1999 - 2001 Dr. Norlida Mohd noor
13. 2002 - 2005 Prof. Madya Dr. Halimaton Khalid
14. 2006 - 2010 Prof. Madya Dr. Rudzi Munap

    

Pemandangan di dalam kelas untuk Kursus Stenografi / Kajian Sains Kesetiausahaan / Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat sekitar tahun 1970-an, 80-an & awal 2000


Sumber :

  1. Buku ITM Warisan Bangsa
  2. Buku Shaping A Dream
  3. Buku The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today & Tomorrow
  4. Buku Documenting A Destiny