Perkembangan yang pesat  dalam industri perhotelan, penyediaan makanan dan pelancongan di Malaysia menyebabkan tenaga terlatih dalam bidang ini ditubuhkan oleh ITM dibawah nama Kajian Pengurusan Hotel dan Penyediaan Makanan (Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan) pada tahun 1967. Antara kursus pertama yang diperkenalkan seawal penubuhannya adalah ‘Diploma Hotel & Catering Management’ dan pada tahun 1972 adalah ‘Certificate in Hotel & Restaurant Service (CHRS)’ di Jalan Othman, Petaling Jaya.

Kajian Pengurusan Hotel dan Penyediaan Makanan terletak di bangunan yang disediakan khas bersebelahan Menara Ilmu (Menara SAAS) untuk menampung keperluan latihan bagi tenaga pengajar dan penuntut pada ketika itu. Kemudahan yang disediakan adalah sama seperti yang terdapat di hotel-hotel dengan tujuan melatih dan mengajar penuntut mengenai pengurusan hotel. Kajian ini telah berpindah ke bangunan lain bersebelahan Hotel ITM di pintu masuk 2 pada bulan Mei 1992 dan seterusnya berpindah ke Kampus Puncak Alam.

Sehingga kini, kajian ini telah menghantar ramai pelajarnya mengikuti latihan-latihan amali di hotel-hotel terkemuka bertaraf antarabangsa di luar dan dalam negara. Kajian ini juga telah berjaya melahirkan ramai tenaga professional muda di dalam bidang ini.

Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan yang telah berkhidmat dari Kajian Pengurusan Hotel dan Penyediaan Makanan  hingga ke Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan adalah, 

Bil. Tahun Ketua-Ketua Pengajian/ Dekan
1. 01 Okt 1969 - 01 Mac 1971 En. Mohd Nor Beg Cassim
2. 01 Jul 1971 - 01 Jul 1976 Datin Azizah Abdul Ghani
3. 02 Jul 1976 - 30 Jun 1979 Pn. Aishah  Hj. Hamzah
4. 01 Jul 1979 - 30 Jul 1983 En. Abdul Mutalib Ismail
5. 01 Ogos 1983 - 31 Jul 1985 En. Mohd Rosly Md. Selamat
6. 01 Ogos 1985 - 15 Ogos 1988 En. Muhammad Muda
7. 16 Ogos 1988 - 31 Jul 1990 En. Wan Mahmud Wan Ahmad
8. 01 Ogos 1990 - 31 Jul 1992 Pn. Sharifah Mohd Ali
9. 01 Ogos 1992 - 31 Okt 1993 En. Abdul Azis Abd Majid
10. 01 Nov 1993 - 1997 Pn. Chek Zaini Hassan
11. 1998 - 2000 Prof. Madya Dr. Muhammad Musa
12. 2001 - 2002 Cik Rozita Abu
13. 2002 - 2003 Prof. Madya Dr. Za'faran Hassan 
14. 2004 - 2012 Prof. Madya Abd Azis Abd. Majid
15. 2013 - 2018 Prof. Madya Dr. Mohamed Abdullah Hemadi 
16. 2018 Prof. Dr. Mohd Salehuddin Mohd Zahari

 

Pemandangan di dalam kelas / kuliah bagi Kajian Pengurusan Hotel & Penyediaan Makanan sekitar tahun 1967 hingga 1990an.


Sumber :

  1. Buku ITM Warisan Bangsa
  2. Buku The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today & Tomorrow