Pusat Islam ITM Shah Alam telah selamat dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Datuk Amar Dr. Sulaiman Haji Daud pada 11 Mac 1993 dalam satu upacara yang turut disaksikan oleh wakil-wakil dari semua cawangan ITM.

Bangunan Pusat Islam ini telah menelan belanja sebanyak RM5.7 juta di mana sebahagian daripada jumlah itu adalah hasil sumbangan masyarakat kampus. lanya tersergam indah di atas bukit dengan

keluasan lantai 10,096 meter persegi dan boleh menampung seramai 7,000 orang jemaah pada satu masa.

Seramai 5,000 orang dapat memenuhi ruang tertutup yang dihampar permaidani manakala 2,000 lagi di ruang terbuka yang dikemasi dengan jubin yang berkilauan. Di kiri dan kanan dewan sembahyang terdapat satu tingkat mezanin untuk kaum wanita dan juga terdapat kemudahan bilik berwudhu, ruang pejabat. Perpustakaan, dewan syarahan, bilik mayat dan ruang-ruang untuk kemudahan umum.

Menurut Dato' Pengarah, pusat ini telah siap dibina sepenuhnya pada bulan Jun 1992 lagi tetapi serah milik kepada ITM hanya padab25Ogos1992. Pembinaan awal pusat ini telah bermula pada Disember 1988 oleh salah sebuah syarikat kontraktor tetapi hanya dapat menyiapkan setakat 77.6% sahaja sehingga Julai 1991 walaupun telah diberi lanjutan masa selama 65 minggu.

Sehubungan itu. pada bulan November 1991 sebuah lagi syarikat kontraktor yang lain telah dilantik untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan dan dalam tempoh 30 minggu bangunan Pusat Islam telah siap dibina sepenuhnya.

Semasa merasmikan bangunan Pusat Islam ini. YB Datuk AmarDr. Sulaiman Daud berkata, ITM mestilah memanataatkan kewujudan pusat ini sesuai dengan matlamat penubuhannya.

 

Sumber : Berita ITM Bil 72 Mac 1993