Program usahasama ITM dan Ohio University dalam kursus Executive Master of Business Administration telah berjaya melahirkan seramai 32 orang lulusan pada 5 Disember 1986 dalam konvokesyen khas yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ini merupakan kumpulan pertama lulusan Executive Master of Business Administration yang memulakan pengajian mereka sejak Julai 1984. Mereka telah menerima ijazah sarjana masing-masing dari Pengerusi Majlis ITM, Yang Berbahagia Tan Sri Dato Sallehuddin Mohamed, dan berjabat tangan dengan President Ohio University, Professor Charles J. Ping, yang telah berada di Malaysia selama enam hari.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sallehuddin Mohamed ketika berucap di majlis konvokesyen tersebut menyatakan harapannya agar kumpulan pertama lulusan Executive Master of Business Administration ini dapat menjadi model kepada tenaga muda bumiputera untuk sanggup berusaha dengan gigih dalam mengejar kemajuan.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya mengwujudkan dalam diri masing-masing nilai dan etika kerja seperti integriti, semangat ingin sentiasa maju dan berjaya, rajin dan tekun bekerja serta berinisiatif dan sentiasa mencari peluang baru dalam perniagaan.

Bhg. Tan Sri Dato' Sallehuddin Mohamad, Pengerusi Majlis ITM sedang membantu Prof. Charles J. Ping untuk membuka cenderamata ITM yang baru saja beliau terima dengan diperhatikan oleh Dr. Wan Mohd. Ghazali Wan Abdullah, Ketua Kajian Perniagaan dan Pengurusan.

Bhg. Tan Sri Dato' Sallehuddin Mohamed Pengerusi Majlis ITM sedang berucap di Konvokesyen EMBA

Prof. Charles J. Ping, President Ohio University sedang menyampaikan ucapan di majlis konvokesyen pertama EMBA

Sumber :

  1. Berita ITM  1986, Nov- Dis Bil 4 m.s 1, 6 & 7
  2. Konvokesyen Ohio Universiti / ITM yang Pertama (Buku).