Khamis, 28 Mac 2024 telah berlangsung program Mobile Library @ Bangunan Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban yang telah diadakan di Lobi Pejabat Bendahari, UiTM Kampus Seremban. Program tersebut diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada staf pentadbiran.

Program anjuran PTAR kali ini diadakan bertujuan untuk mempromosi dan menggalakkan warga UiTM khususnya staf pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban menggunakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan sekaligus memupuk budaya membaca warga kampus sejajar dengan objektif programย Read@UiTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *