Iqra’ Corner merupakan ruang yang disediakan atau sudut kosong yang dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa dan santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Iqra’ Corner juga merupakan salah satu aktiviti Read@UiTM yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan warga UiTM.

Sebanyak 13 PTJ telah menyediakan ruang Iqra’ Corner di UiTM Cawangan Selangor meliputi kampus Puncak Alam, Puncak Perdana, Sungai Buloh dan Dengkil. Penyediaan ruang Iqra Corner ini berlangsung selama dua (2) bulan bermula 8 Januari 2024 hingga 8 Mac 2024.

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UiTM Kampus Puncak Alam

Unit Komunikasi Korporat, UiTM Kampus Puncak Alam

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, UiTM Kampus Puncak Alam

Pejabat Polis Bantuan, UiTM Kampus Puncak Alam

Unit Kerjaya & Kaunseling, UiTM Cawangan Selangor

Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Kampus Puncak Alam

Unit Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam

Unit Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Perdana

Unit Kesihatan, UiTM Kampus Dengkil

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UiTM Kampus Sungai Buloh

Kolej Rafflesia, Kampus Puncak Alam

Pihak PTAR UiTM Cawangan Selangor mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada PTJ yang telah menyertai penyediaan ruang Iqra’ Corner di pejabat masing-masing. Semoga dengan adanya ruang ini dapat dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa dan santai bagi menyemarakkan budaya membaca dikalangan staf. Ianya juga dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *