KURSUS KEPIMPINAN “LEADERS THROUGH LITERACY @PAB”

Perpustakaan Al-Bukhari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat telah melaksanakan kursus kepimpinan bertajuk “Leaders Through Literacy @PAB. Kursus ini dianjurkan khas untuk pengawas pusat sumber sekolah dengan matlamat utama untuk memperkasa kemahiran kepimpinan dan meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Butiran Program:

Tarikh: 16 Oktober 2024 (Rabu)

Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Masa: 7:30 pagi hingga 01:00 petang

Program “Leaders Through Literacy @PAB” direka khas bagi membantu para pengawas pusat sumber di Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat untuk mempelajari asas kepimpinan yang relevan dalam pengurusan sumber perpustakaan. Program ini memberi penekanan kepada peningkatan literasi, komunikasi efektif, dan pengurusan masa, selaras dengan usaha memperkasa budaya pembelajaran yang holistik.

Peserta juga diberi peluang untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif dan modul yang diselaraskan oleh Perpustakaan Al-Bukhari. Selain meningkatkan kemahiran kepimpinan, kursus ini juga bertujuan membentuk keperibadian yang berkualiti serta menanamkan semangat berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas pusat sumber.

Program ini seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education, yang mana turut menekankan peranan perpustakaan dalam memastikan akses kepada maklumat akademik yang relevan dan berkesan dan (SDG) 17: Partnership for The Goals”, yang melibatkan seramai 62 orang murid terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah dari Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *