Tarikh: 28 September 2018 (Jumaat)
Masa: 2:45 – 4.45 petang
Tempat: Ruang Bicara Ilmu, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis
Bicara Ilmu – Flashlight adalah satu kupasan, ulasan dan pembentangan mengenai info dan maklumat dari buku yang dibaca oleh peserta. Setiap peserta akan diberikan masa selama 18 minit dan 2 minit persediaan. Terdapat 4 peserta untuk setiap sesi.Sesi soal jawab diadakan selepas tamat kesemua pembentangan.
1. Mengurus Salasilah Keluarga
Biodata penceramah: Tn Hj Abd Rashid Abdullah adalah Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis. Berkhidmat dengan perpustakaan UiTM selama 28 tahun.
Sinopsis: Sedar-sedar kita yang dulu sebagai anak kini telah mempunyai anak sendiri dan ada yang telah mempunyai cucu. Ibu bapa kita perkenalkan saudara mara, itupun kita dah rasa ramainya. Kini kita pula yang akan memperkenalkan anak-anak dan cucu-cucu kepada saudara kita seterusnya. Begitu cepat masa berlalu dan keluarga makin membesar. Bagaimana menguruskan salasilah yang besar ini?
2. How To Write, Publish And Promote Your Book(s)
Biodata penceramah: Dr. Latisha Asmaak Shafie is a senior lecturer at APB UiTM Perlis. She has written 15 books and 28 journal articles. She has a PhD in Education from UUM. She specialises in digital profiling, L2 learning acquisition and social media studies. At the moment, she is writing a novel.
Sinopsis: You might be novice writers who have publication ideas and want to publish these ideas. You might be scared to share your writing ideas, or you might not know what to do. You might also be experienced writers who want to expand your network and knowledge. Together, we will confront our fears, increase our knowledge and realise our writing ideas. I will share my experiences in writing, publishing and promoting books. At the end of the session, you will increase your knowledge on the process of writing a book that assists your writing career.
3. NLP (Neuro Linguistic Programming- Practitioner) Untuk Mengurangkan Stress & Tekanan Kerja
Biodata penceramah: Dr Ismail Ma’arof, seorang pensyarah kanan program Geomatik dari Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, UiTM Cawangan Perlis.
Sinopsis: Bagaimana NLP dapat membantu mengurangkan stress dan tekanan kerja anda?
4. What’s Next After Harumanis?
Biodata penceramah: Tn Hj Abdul Razak Mohd Nordin seorang pensyarah Kanan, Fakulti Perladangan dan AgroTeknologi, UiTM Cawangan Perlis. Beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Pertanian Perlis dan Kedah selama 20 tahun dan dengan UiTM selama 16 tahun. Bidang expertise beliau adalah entomology, crop protection dan orchard management.
Sinopsis: Harus kah kita hanya bergantung kepada mempelam Harumanis sahaja? Apakah langkah perlu diambil seterusnya ?