Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

 PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, yang dipimpin oleh Ustaz Nor Mohd Faisal Bin Md Ariffin (Penolong Pendaftar Kanan , Hal Ehwal Islam) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Majlis telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 27 September 2024

Masa : 9:00 pagi

Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka Aras 12.

Jumlah peserta: 50 orang staf akademik dan pentadbiran.

Program ini adalah program bulanan yang akan dianjurkan mengikut Unit/Bahagian. PTAR adalah tuan rumah bagi program yang dijalankan pada bulan ini. Antara objektif yang penganjuran program ini ialah:-

  1. Memperkuatkan Iman: Meningkatkan ketakwaan dan keimanan peserta melalui bacaan Al-Quran secara berkala.
  2. Mewujudkan Kesatuan Komuniti: Menggalakkan perpaduan dan silaturahim di kalangan pesertamembina ikatan yang lebih kukuh.
  3. Mendalami Makna Al-Quran: Memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang isi Surah Yasin dan kelebihannya dalam kehidupan seharian.
  4. Mendoakan Keberkatan: Memohon rahmat, perlindungan, dan keberkatan dari Allah untuk diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.
  5. Pengamalan Bacaan Al-Quran: Menggalakkan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin bulanan dan seterusnya.
  6. Pendidikan Agama: Menyediakan ruang untuk pengajaran dan perkongsian ilmu berkaitan agama dan akhlak.
  7. Meningkatkan Kesedaran Sosial: Menggalakkan peserta untuk saling mendoakan dan membantu antara satu sama lain dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Dengan objektif-objektif ini, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *