Program Library Customer Day 2018 akan diadakan pada 13 November 2018
hingga 16 November 2018 yang melibatkan kesemua perpustakaan fakulti di UiTM
Shah Alam. Program Library Customer Day adalah aktiviti tahunan anjuran Perpustakaan
Tun Abdul Razak (PTAR) yang dirancang untuk warga Universiti Teknologi MARA
bagi mewar-warkan perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan. Di samping itu
juga, pelbagai aktiviti turut diadakan sempena program ini.
Pada 14 November 2018 (Rabu), Library
Customer Day akan diadakan di PTAR Sains dan Teknologi bertempat di Aras 4,
PTAR Sains dan Teknologi anjuran bersama PTAR Sains dan Teknolog (PST) dan PTAR
Kejuruteraan (PKEJ).
Program
Library Customer Day 2018, PST dan PKEJ bertujuan untuk mencapai objektif
berikut :
- Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga universiti.
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.
- Memberi pendedahan kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
Antara aktiviti yang dijalankan :
- Pidato
- Forum Belia
- Bacaan Naskhah
- Giant Library Board Games
- Publisher Talk : IEEE
- Endnote/Mendeley (Consultation/Installation)
Berikut adalah aturcara program Library Customer Day 2018 pada 14 November 2018 iaitu bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4.30 petang.
- Pidato
- Forum Belia
- Bacaan Naskhah
- Giant Library Board Games
- Publisher Talk : IEEE
- Endnote/Mendeley (Consultation/Installation)
Like & Follow Us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm