Program Bicara Ilmu – Flashlight (Siri 2)

Tarikh: 19 Oktober 2018 (Jumaat)

Masa: 2:45 – 4.45 petang

Tempat: Ruang Bicara Ilmu, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis

1. Mabrurkah Hajiku?

Sinopsis: Ibadah haji merupakan kewajipan setiap muslim, sekali seumur hidup. Ia perlukan persiapan ilmu, mental dan fizikal bagi mencapai haji mabrur. Namun pelbagai cabaran dihadapi sewaktu menunaikan ibadah haji sehingga menyebabkan kebanyakan jemaah yang telah menunaikannya merasa tidak berpuashati dan ingin mengulanginya lagi. Pembentangan ini merupakan satu perkongsian pengalaman berkaitan cabaran yang dihadapi oleh jemaah haji sewaktu di tanah suci.

Biodata penceramah: Prof. Madya Che Latifah Hj Ismail telah berkhidmat dengan UiTM lebih dari 34 tahun. Beliau memulakan keriarnya di UiTM ini pada 9 Julai 1984. Beliau merupakan Pembimbing Ibadah Haji Tabung Haji yang bertauliah sejak 2007 dan memberi ceramah Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), dan Kursus Perdana Haji (KPH) peringkat negeri Perlis sejak 2007 hingga sekarang (11 tahun). Beliau berpeluang menjadi Petugas Resmi Tabung Haji sebagai Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS) pada tahun 2009, 2011, 2017 dan 2018.

2. Gardening And Photography: A Match Made In Heaven

Sinopsis:  Gardening and photography are two hobbies that are so rewarding for those who love to take photos and also who are gardening enthusiasts. Flowers are excellent subjects for nature photography. It is such an amazing experience to take a walk in the garden and snap close-up photos of flowers and plants in your own garden.

Biodata penceramah: Dr Amizura Hanadi Mohd Radzi is a senior lecturer at APB, UiTM Cawangan Perlis. Photography and gardening are among her passions. Taking photos of her plants is her favourite pastime. Her work, “Sunkissed Scarlet” is published in Photography Vibes: Best of Edition (2012).  “Floating Rose” which is one of her works was exhibited at Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) 2013. She had also contributed articles on photography to Dream Catcher magazine for several years., you will increase your knowledge on the process of writing a book that assists your writing career.

3. Perancangan Projek, Menyusahkan Atau Menyenangkan?

Sinopsis: Ada yang beranggapan perancangan projek memerlukan masa yang panjang dalam merancang dan menguruskan sesuatu projek. Ini mungkin disebabkan oleh gambaran bahawa perancangan projek itu terlalu besar, memerlukan masa yang lama dan rumit. Pengurusan projek merupakan lebih kepada perancangan dan pengurusan aktiviti, sumber dan kos yang effisen. Perisian perancangan projek berkomputer telah menjadi alternatif yang terbaik bagi merancang sesuatu projek sama ada projek secara individu atau pun berskala besar. Perisian Microsoft Project 2016 ini dapat mengawal, memantau dan melaksanakan sesuatu projek dengan lebih efektif dan berkesan.

Biodata penceramah: Samsuri Mohd Salleh adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, UiTM Cawangan Perlis. Beliau mendapat Certificate of Civil Engineering (Construction) dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam, Diploma of  Civil Engineering dari Politeknik Port Dickson, Bachelor of Civil Engineering dari  Universiti Teknologi Malaysia dan MSc (Building Technology) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau memiliki keahlian profesional Graduate Engineer, Board of Engineers Malaysia dan Institution of Engineers Malaysia, Associate Asean Engineer, Asean Engineering Register, Asean Federation of Engineering Organisations dan ahli dalam Malaysian Society for Engineering & Technology dan Malaysian Structural Steel Association.

4. Mitos Dalam Fahaman Ilmu Perubatan

Sinopsis: Tanggapan orang berkaitan pantang larang terhadap kesihatan mengikut budaya dan asal usul yg bercanggah dengan fakta perubatan moden.

Biodata penceramah: Dr. Hidayat Bin Mustaffa adalah doktor perubatan dan kini beliau bertugas di Unit Kesihatan UiTM Cawangan Perlis. Beliau berasal dari Jitra, Kedah dan pernah belajar di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat Ijazah MD dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pengalaman beliau dalam bidang perubatan sehingga 2018 adalah selama 12 tahun.

5. Bedah Buku

Mummies : Myth and Magic. Pengarang Christine El Mahdy. Penerbit Thames and Hudson. 192 ms 155 illustrasi. Ulasan buku oleh En. Mohd Fauzi Md Zain. Pustakawan Kanan Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *