27 Mac 2024 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melaksanakan program Bicara Buku@Ramadan yang melibatkan bukan sahaja warga UiTM Cawangan Kedah malah terdapat juga penglibatan warga dari kampus-kampus cawangan yang lain. Pelaksanaan program ini adalah satu usaha dalam mengalakkan budaya membaca di kalangan warga UiTM dan memberi peluang perkongsian ilmu. Sesi yang dijalankan pada kali ini telah berlangsung selama 1 jam dan dilaksanakan secara atas talian ini mendapatkan maklumbalas yang baik dari para peserta. Pada sesi kali ini, panel jemputan telah berkongsi hasil pembacaan beliau terhadap buku bertajuk 7 GOLONGAN MANUSIA YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *