• NAMA PROGRAM : TRAINING ON CLJ PRIME
  • TARIKH PROGRAM : 08 MAC 2024
  • PENGLIBATAN PESERTA : 58 ORANG
  • KATEGORI PROGRAM : PROGRAM PEMBUDAYAAN IMU

08 Mac 2024 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Dengkil telah menganjurkan Program Training On CLJ Prime dengan kerjasama CLJ Malaysia bagi sesi Hands on bersama pelajar, pensyarah dan penyelidik daripada program Undang-undang UiTM. Sesi Training On CLJ Prime ini telah berlangsung selama 2 jam dimana program telah bermula seawal 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan pelbagai perkongsian yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar, Tuan Syed wakil daripada CLJ.

Antara objektif program ini adalah :

1) Memberi pendedahan kepada penyelidik yang terdiri daripada kalangan pensyarah serta pelajar tentang teknik penggunaan pangkalan data atas talian secara tepat dan berkesan.

2) Menyokong proses/ aktiviti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan warga kampus.

3) Mempromosikan kepentingan dan keberkesanan pangkalan data atas talian kepada seluruh warga kampus.

Didalam program ini juga, pihak perpustakaan telah menerima maklumbalas yang sangat positif daripada semua para peserta yang terlibat. Justeru, diharapkan agar program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *