Program Library Customer Day 2018 diadakan bersempena dengan Program Penggiatan Budaya Membaca Perpustakaan Tun Abdul Razak. Penggiatan Budaya Membaca adalah merupakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah mencapai negara membaca tahun 2030. Kempen membaca perlu dinilai semula dan diberi pendekatan baharu yang mampu menarik minat lebih ramai masyarakat ke dunia pembacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya yang menyeronokkan. Pelan tindakan bersepadu program penggiatan budaya membaca di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia telah dirangka untuk pelaksanaan bagi tempoh tahun 2018-2020. Program ini akan dilaksanakan secara terancang dan berterusan di seluruh Perpustakaan UiTM bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan ke arah mewujudkan warga universiti berbudaya membaca dan cintakan ilmu.

OBJEKTIF

Library Customer Day 2018
bertujuan untuk mencapai objektif Read@Uni “With Knowledge We Lead” di peringkat universiti, iaitu:

1.Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga universiti.
2.Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga universiti.
3.Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu. 
4.Memberi pendedahan kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.

Like & Follow Us

https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *