Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor telah melaksanakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit. Program ini diadakan serentak di seluruh negara sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2024 pada 23 April 2024 mulai jam 11.00 pagi.

Di peringkat UiTM Cawangan Selangor, sambutan ini bukan sahaja diadakan di perpustakaan bersama pelajar-pelajar. Bahkan turut diadakan di pelbagai lokasi lain seperti ruang iqra’ corner, kelas, kolej, unit, bahagian di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing meliputi kampus Puncak Alam, Puncak Perdana, Dengkil, Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan.

Penyertaan Pelajar di PTAR Kampus Puncak Alam

Penyertaan di Ruang Iqra’ Corner Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM Cawangan Selangor

Penyertaan daripada kakitangan PTAR dan warga UiTM Cawangan Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *