READ@UiTM: MOBILE LIBRARY PAB @ BLOK C, KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA

29 April 2024, Isnin – Perpustakaan Alam Bina telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library @ PAB bertempat di Blok C, Kolej Pengajian Alam Bina bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif Perpustakaan Alam Bina dalam meningkatkan budaya membaca dikalangan warga UiTM melalui kaedah dimana bahan perpustakaan yang terpilih dibawa terus kepada warga UiTM dan sedia untuk dipinjam.

Program ini selaras dengan slogan baharu perpustakaan iaitu “Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa”. Pemilihan lokasi program pada kali ini lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan yang “hot-spot” dan strategik supaya lebih mudah untuk menarik minat pelajar-pelajar dan juga para pensyarah yang melalui kawasan tersebut untuk singgah dan bersama-sama menyertai aktiviti program ini.

Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah pinjaman buku, pemulangan buku, servis penghantaran buku, semakan maklumat am perpustakaan, dan juga perpustakaan digital. Bagi setiap peminjam yang membuat pinjaman buku sebanyak 3 naskah akan berpeluang membuat 1 cabutan hadiah misteri. Sebanyak 38 judul buku telah dipinjam semasa program ini dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *