13 Jun 2023, Selasa - Perpustakaan Alam Bina telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library @ PAB bertempat di ruang legar Blok C, Kolej Pengajian Alam Bina bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif Perpustakaan Alam Bina dalam meningkatkan budaya membaca dikalangan warga UiTM melalui kaedah dimana bahan perpustakaan yang terpilih dibawa terus kepada warga UiTM dan sedia untuk dipinjam.

Antara perkhidmatan yang dijalan adalah pinjaman buku, pemulangan buku, servis penghantaran buku, semakan maklumat am perpustakaan, dan juga perpustakaan digital. Hadiah misteri diberikan kepada setiap peminjam yang meminjam 3 buah buku.

Pihak Perpustakaan Alam Bina telah menerima sambutan yang begitu memberangsangkan dimana sejumlah 57 orang pengunjung telah hadir menjalankan aktiviti bersama-sama dan sebanyak 70 naskah buku telah dipinjam. Ini menunjukkan bahawa program ini dapat menarik minat warga UiTM untuk menggalakkan minat membaca dan mudah didekati dengan adanya program dan aktiviti yang dijalankan oleh perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *