18 Januari 2024, Khamisย -ย Perpustakaan Alam Bina telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library @ PAB bertempat di Blok B, Kolej Pengajian Alam Bina bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif Perpustakaan Alam Bina dalam meningkatkan budaya membaca dikalangan warga UiTM melalui kaedah dimana bahan perpustakaan yang terpilih dibawa terus kepada warga UiTM dan sedia untuk dipinjam.

Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah pinjaman buku, pemulangan buku, servis penghantaran buku, semakan maklumat am perpustakaan, dan juga perpustakaan digital. Bagi setiap peminjam yang membuat pinjaman buku sebanyak 3 naskah akan berpeluang membuat 1 cabutan hadiah misteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *